Sunday 26 February 2012

KEM ALAMI (sesi-1) @ Planetarium Negara



Salam sejahtera YBhg. Datin/Dr./tuan/puan

Adalah dimaklumkan bahawa Planetarium Negara di bawah  Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan mengadakan Kem Alami bersempena dengan cuti sekolah pada masa dan tarikh seperti berikut:

           Tarikh:          11-13 Mac 2012 (3hr 2mlm
           Tempat:        Planetarium Negara
                                  53 Jalan Perdana
                                  Taman Tasik Perdana
                                  Kuala Lumpur

Sehubungan itu, saya bagi pihak ANGKASA ingin memohon kerjasama YBhg. Datin/Dr./tuan/puan untuk membuat hebahan ini kepada kakitangan jabatan YBhg. Datin/Dr./tuan/puan. Untuk makluman, penyertaan ini hanya terbuka kepada pelajar yang berusia 10-12 tahun sahaja. Bersama-sama ini disertakan maklumat lanjut dan borang penyertaan untuk tindakan pihak YBhg. Datin/Dr./tuan/puan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan perkara di atas sila hubungi saya atau Cik Zaimahayati di talian 03-2273 4303 atau 03-2273 5484.

Kerjasama daripada pihak YBhg. Datin/Dr./tuan/puan untuk membuat hebahan ini amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


Asmidar Zainol
Penolong Pegawai Penerangan
b/p: Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

Planetarium Negara
Lot 53, Jalan Perdana
Taman Tasik Perdana
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-2273 4303 ext 123
Layari Portal Pendidikan Sains ANGKASA urlhttp://astronomi.angkasa.gov.my

No comments:

Post a Comment

Jalur Gemilang Gergasi Hasil Pelajar-Pelajar PPKI SKST

Program Bulan Kebangsaan / Kemerdekaan SKST 2017 "NegaraKu Sehati Sejiwa" Majlis Menaikan Bendera Gergasi Di Kebun PPKI Oleh G...