Friday 23 March 2012

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1

AKTIVITI MINGGUAN SK SUNGAI TENGI


ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK SUNGAI TENGI

TEMPAT:BERKUMPUL DI DATARAN PERHIMPUNAN
TARIKH: 24 MAC 2012 (SABTU)
MASA 8 - 12.30 TGH (10.30 PG-REHAT)
SASARAN : MURID TAHAP 1 DAN 2 (semua murid terlibat)
FASILITATOR : GURU-GURU SK SUNGAI TENGI
PENGISIAN AKTIVITI: TEORI DAN PRAKTIKAL SOLAT, SOLAT BERJEMAAH, BERWUDUK DAN BERTAYAMMUM.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kem Bestari Solat (siri 1). Kem ini merupakan aktiviti tahunan  anjuran dan penggemblengan idea guru-guru Pendidikan Islam & j-QAF (6 orang termasuk 2 guru praktikum j-QAF Pendidikan Islam). Di antara pengisian aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi dan memperbetulkan bacaan serta perlakuan dalam solat, cara-cara berwuduk dan bertayammum dengan sempurna, dan adab-adab ketika bersolat berjemaah. Pengisian yang mapan ini mampu memberi pendedahan kepada murid bagi memperbetulkan bacaan dan perlakuan dalam solat dan dapat mendekatkan diri dengan lebih lagi kepada Allah.
Harapan: murid dapat mempraktikkan amalan bersolat dengan sempurna di rumah dan di mana sahaja.








Wednesday 21 March 2012

Salam Takziah Kepada Cikgu Faridah

Al-Fatihah.
Warga SKST menerima khabaran berita kematian bonda tersayang Cikgu Faridah Binti Hussein, Semoga Cikgu Faridah dan sekeluarga terus bersabar dan semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat serta mengampunkan bondanya dan ditempatkan ditempat orang-orang beriman.

Tuesday 20 March 2012

Majlis Pelancaran Pembugaran Program NILAM 2012 SKST

 
                                               
Tarikh                       :   30 Mac 2012 
 Hari                           :   Jumaat
Masa                           :   8.00pagi
Tempat                     :   Dataran Ilmu SKST
Perasmian Oleh    :   En. Yusof Bin Mohamad
                                      Penolong Pengarah Sektor Permata,
                                      Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
                                      Kementerian Pelajaran Malaysia

Thursday 8 March 2012

GAJI & COLA NAIK!!!!!! (^,^)

PM umum pemansuhan SBPA, Sistem Saraan Malaysia ditambah baik

PUTRAJAYA: Berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam apabila kerajaan semalam mengumumkan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus bagi semua gred penjawat awam, selain kenaikan Elaun Sara Hidup (COLA). Dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung melalui TV1 dan TV3, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan 1 Januari lalu tetapi banyak menimbulkan kontroversi, dibatalkan. Kerajaan memutuskan penggajian kakitangan awam dikekalkan di bawah sistem Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM itu menyaksikan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Pelaksana Gred 1 hingga 54 menikmati pelarasan sebanyak 13 peratus.

Gred Utama dan Gred Khas C, B dan A akan menikmati pelarasan sembilan peratus, Turus III dan II (lapan peratus) dan Turus I serta Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Selain itu, kadar COLA bagi kawasan B (di antara bandar dan pedalaman) dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 sebulan, manakala untuk kawasan C (pedalaman) daripada RM100 kepada RM150.
Pelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari lalu yang mana penjawat awam akan menerima gaji tertunggak. Difahamkan, gaji baru akan dibayar sama ada akhir bulan ini atau bulan depan.

Ia antara tujuh keputusan diumumkan Perdana Menteri pada perhimpunan khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang dihadiri 15,000 penjawat awam, semalam.

Najib berkata, kerajaan faham SBPA mengundang keresahan, terkilan dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penjawat awam walaupun ia komited untuk mempertimbangkan semakan semula, pelarasan gaji atau satu bentuk saraan baru bagi menggantikan SSM pada tahun ini.

“Sebagai kerajaan yang merasai denyut nadi mereka (penjawat awam), sebagai kerajaan yang mendengar keluh kesah penjawat awam menerusi wakil mereka, CUEPACS, maka kita mengambil keputusan pada 12 Januari lalu supaya struktur saraan baru yang diperkenalkan, dikaji semula,” katanya.

Perdana Menteri berkata, keputusan yang diambil kerajaan itu adalah berdasarkan kepada saranan CUEPACS berkaitan saraan penjawat awam serta implikasi kewangan kerajaan yang mungkin terbabit.

“Anggota perkhidmatan awam adalah tiang seri keramat kerajaan, sebaik mana pun dasar digubal, betapa manfaat pun dasar digubal, ia tidak akan bermakna jika pelaksanaannya tidak berkesan atau tidak cekap (kerana) peranan penjawat awam sebagai pelaksana dasar adalah amat penting,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan peka dan prihatin dengan isu saraan yang dibangkitkan oleh penjawat awam yang menyaksikan semakan semula gaji perkhidmatan awam secara berkala dan yang terakhir dilakukan pada 2007 membabitkan kenaikan gaji antara 7.5 peratus hingga 35 peratus.

Najib berkata, dalam membuat keputusan, kerajaan perlu memikirkan langkah terbaik yang perlu mendahulukan kepentingan rakyat, tetapi pada masa sama faktor lain terutama keupayaan kewangan kerajaan, tidak diketepikan.

“Kerajaan amat mengharapkan kefahaman dan kerjasama penjawat awam untuk bersama-sama mengharungi dan mendepani cabaran ekonomi global yang tidak menentu walaupun kita telah berjaya mengeluarkan negara daripada gelora ekonomi global," katanya.

INFO: Keputusan lain yang diumumkan Perdana Menteri

  • Penubuhan suruhanjaya dianggotai oleh semua pihak berkepentingan mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia yang bukan saja membabitkan saraan, tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam yang diperlukan negara pada masa depan.

  • Struktur gaji SSM akan diubah suai daripada Jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-Maksimum dengan kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi gred 1-54 ditetapkan di antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan pelarasan ikut peratus ditetapkan.

  • Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan.

  • Kerajaan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya bagi guru berasaskan prinsip ‘time-based’ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti diumumkan dalam Bajet 2012.

  • Thursday 1 March 2012

    Permohonan Pendaftaran Tahun 1 2013 dan 2014 telah dibuka sekarang


    SISTEM PENGURUSAN, PERMOHONAN DAN SEMAKAN MURID TAHUN 1
    JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR 
    Sila pastikan anda telah membaca Pengenalan, Tatacara Permohonan dan Syarat-syarat yang berkaitan dengan Permohonan Murid Tahun 1 di Negeri Selangor sebelum mengisi Borang Permohonan Online.
    PERMOHONAN ON-LINE
    SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
    Pemohon yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online,
    boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon oleh murid.

    Jalur Gemilang Gergasi Hasil Pelajar-Pelajar PPKI SKST

    Program Bulan Kebangsaan / Kemerdekaan SKST 2017 "NegaraKu Sehati Sejiwa" Majlis Menaikan Bendera Gergasi Di Kebun PPKI Oleh G...